Thursday, July 31, 2008

Sahabat

Manusia sememangnya memerlukan sahabat dalam kehidupan mereka. Sahabat yang mampu bersama mereka ketika apa jua keadaan. Ketika susah mahu pun senang. Tanpa kita sedar...tidak semua manusia mempunyai sifat yang sempurna. Tidak semua antara mereka mempunyai sifat untuk kekal bersama sahabat mereka. Ada antara manusia yang akan kekal hanya ketika sahabat berada dalam keadaan yang gembira. Mana tidaknya...ketika ini lah kita dapat menikmati bersama kegembiraan yang dirasai. Masakan manusia akan menolak kegembiraan yang datang di hadapan mata bukan....

Keadaan ini begitu berbeza apabila kita berada dalam kesusahan. Masih kah ada manusia yang akan kekal bersma sahabat mereka ketika dalam kesusahan…sukar bukan untuk kita lihat senario ini. Kadang kala orang disekeliling kita bagaikan lari daripada kita bila kita ditimpa kesusahan. Mereka seolah² fobia untuk dekat dengan keadaan ini, yang berkemungkinan akan ‘berjangkit’ kepada mereka. Oleh sebab pemikiran cetek mereka itu, mereka seolah² lepas tangan kepada sahabat² yang ditimpa kesusahan. Ketika kita mengalami keadaan ini, sememangnya kita akan dapat melihat yang mana satu lawan dan juga yang mana satu kawan yang sanggup menganggung segala beban bersama kita.


Kita sebagai manusia biasa seharusnya pandai untuk membuat penilaian erti sahabat. Sabahat untuk berbicara, berkongsi pendapat ataupun tempat untuk kita menyatakan segala keresahan di dalam hati dan juga tempat untuk kita meminta bantuan untuk menyelesaikan satu² masalah. Sahabat yang dimaksudkan disini ialah sahabat yang berfungsi sebagai pelindung kita dalam mencapai keredhaan Allah.Sahabat yang kita pilih adalah sahabat yang memiliki akhlak mulia, sahabat yang dapat mengingatkan kita bila kita terlupa atau apabila kita berbuat kesalahan. Kita dengan sahabat kita saling tolong menolong dalam kebaikan, saling menasihati dalam kesabaran, dan saling mengingatkan untuk meninggalkan kemungkaran.


Walaubagaimana pun, sahabat bukan lah segalanya bagi hidup kita. Tidak semua masalah kita boleh luahkan kepada sahabat. Tidak semua rahsia kita boleh sampaikan kepada sahabat. Ada hal-hal yang bersifat peribadi, rahsia yang tidak seharusnya kita luahkan kepada sahabat kita. Dalam bersahabat, kita haruslah berusaha untuk membantu sahabat kita semaksima mungkin, sebaliknya kita berupaya untuk tidak membebani teman kita dengan segudang masalah yang berat. Jadi fikirkan lah wahai sahabat²ku…. Dan untuk mereka yang tidak putus membantuku….TERIMA KASIH SAHABATKU!

Saturday, July 26, 2008

Another Inspiration

This song by Mariah Carey - Cant take that away from me really give a big impact to myself. Really a meaningful song that can really help us to build up ourselves. Enjoy the song my fren...And remember...there is something inside of us are special! So don't give up and enjoy yourself as you can... :)


video

Thursday, July 24, 2008

Man VS Woman


Why did man and woman like to argue in many things? Even when talking, they can just simply arguing bout something silly. How awful it could be?

I have read one article about man and women. They are saying that man will find the answer by looking around without saying anything and get their answer straight away. This was so different from a woman…Woman like to ask from a little thing till the big issues so they can get the answer clearly.

Can you see how man and woman think in a different way? That’s why we can always see arguments happen around us cause off this difference. Man thought is like a laser that goes straight to a thing. While a woman though is like a torch-light which open and torch around, where they can see all sort of things clearly. Woman likes to know all sorts of things, from a small tiny matter until the biggest one, where they can get the answer for their questions. While a man only concentrate to the main goal.

Let we see when a couple is going out from their house. Men just get ready and took their car key and go to start their car. But for the woman, their will take so much time to get herself ready and they will make sure the house is well manage before their can go out from the house. In many things, woman is the one that will complain. But for man, they will never bother what ever will happen cause for them life is simple and they would like they to go with the flow.

From my examples…please admit that we are truly different! The differences are not for us to make enemy to each other, but us to help each other and to love each other. Don’t let the difference for loving each other make us to have a crisis in a relationship. Let the difference determine us to be more loving and care for each other. So our life will be happier than ever
:)

Thursday, July 17, 2008

TAKUT

Aku bagaikan ketakutan di saat ini. Segala yang dilakukan bagaikan ada yang tidak kena. Adakah aku takut pada bayang²ku sendiri atau aku takut hendak menerima kenyataan.

Ya…setelah kejadian yang tidak pernah terduga terjadi dalam hidup aku, aku bagaikan sukar untuk menerima persahabatan dari manusia² yang bergelar kaum Adam. Aku takut! Aku sendiri keliru dengan keadaan diriku. Sepatutnya...apa yang telah terjadi dalam diriku seharusnya di jadikan pengajaran hidup. Tapi aku pula bagaikan fobia untuk menerima lambaian persahabatan baru. Mungkin juga aku telah serik dengan apa yang terjadi? Patut kah aku berperasaan sedemikian? Aku keliru! Apa yang seharusnya aku lakukan….Ya Allah berikan aku panduan….

Wednesday, July 16, 2008

People Come Into Your Life For A Reason

People come into your life for a reason, a season or a lifetime. When you know which one it is, you will know what to do for that person. When someone is in your life for a REASON, it is usually to meet a need you have expressed. They have come to assist you through a difficulty, to provide you with guidance and support, to aid you physically, emotionally or spiritually. They may seem like a godsend and they are. They are there for the reason you need them to be. Then, without any wrongdoing on your part or at an inconvenient time, this person will say or do something to bring the relationship to an end. Sometimes they die. Sometimes they walk away. Sometimes they act up and force you to take a stand. What we must realize is that our need has been met, our desire fulfilled, their work is done. The prayer you sent up has bean answered and now it is time to move on.

Some people come into your life for a SEASON, because your turn has come to share, grow or learn. They bring you an experience of peace or make you laugh. They may teach you something you have never done. They usually give you an unbelievable amount of joy. Believe it, it is real. But only for a season!

LIFETIME relationships teach you lifetime lessons, things you must build upon in order to have a solid emotional foundation. Your job is to accept the lesson, love the person and put what you have learned to use in all other relationships and areas of your life. It is said that love is blind but friendship is clairvoyant.

Thank you for being a part of my life, whether you were a reason, a season or a lifetime.

Friday, July 11, 2008

Lelaki

Lelaki...Makhluk istimewa ciptaan Allah. Makhluk teristimewa yang dicipta untuk memimpin keluarga masing². Tapi disebalik keistimewaan mereka, terselit beberapa perkara yang jarang kita perasan atau pun yang kita buat² tak perasan kan. Disini saya selitkan fakta yang saya perolehi..tapi rakan² semua ini hanya lah untuk pedoman sahaja. Tapi kalau sape² yang terasa tu nasib la ye :รพ
  • Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.
  • Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
  • Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.
  • Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.
  • Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
  • Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan. Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.
  • Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh. Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
  • Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
  • Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.
  • Jika perkara di atas dinyatakan pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar :)

Thursday, July 10, 2008

Renungkanlah Sedalam-dalamnya...

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat solat. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat 'Right Person' dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki/perempuan yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia menjadi sebaliknya bila ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."



"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Semoga mendapat jodoh yang didamkan dan dirahmati Allah, amin.

Wallahu'alam

ikhsan dr miss izzie (thanks for the renungan utk kita sume)

Wednesday, July 9, 2008

Inspiration

Lagu Ku Mohon dari Sheila Majid yang byk aku inspirasi...Really luv her and the song.Enjoy everyone :)



video

Tuesday, July 8, 2008

Changing My Life

Starting a new life is not as difficult as we aspect. If we choose to be what we want, surely we can be what ever we always want to be! Now I believe I can do what ever I want. No one can stop me to do whatever I want but surely I have my own procedure and pride to obey and take care off. Everything is a once in a life time experience and surely I have to enjoy it as much as I can…So enjoy my life cycle every one!