- Cuba kita fahami perkara yang boleh membuatkan kita ceria. Setiap manusia mempunyai keperluan tertentu untuk mengembirakan hati masing-masing. Cuba luahkan perwatakan anda dan jangan risau jika keinginan kita tidak sama dengan individu lain.
- Rancang sesuatu untuk mencapai impian yang boleh menggembirakan diri sendiri. Secara tidak langsung, perasaan kita akan beransur-ansur bertukar menjadi gembira dan kita akan berasa lega jika salah satu dari rancangan kita berjaya.
- Di kelilingi oleh orang-orang yang menggembirakan. Jika kita di kelilingi oleh orang- orang yang sentiasa gembira pasti perasaan kita akan menjadi lebih gembira dan terhibur.
- Jika terjadi sesuatu yang buruk, kita seharusnya mengkaji apa yang sedang berlaku. Orang yang sentiasa ceria tidak akan membenarkan diri mereka di pengaruhi oleh perasaan tidak menentu. Ini adalah kerana dengan pemikiran yang cetek ini akan menyusahkan diri mereka sendiri.
- Luangkan sedikit masa setiap hari untuk memikirkan perkara yang boleh membuatkan anda gembira. Ketika itu, kita berpeluang untuk berfikir secara positif dalam kehidupan dan ini akan membawa anda kehidupan yang lebih menceriakan.
- Penting untuk diri kita untuk mengambil sedikit masa setiap hari untuk melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri. Sama ada kita menghadiahkan diri sendiri dengan hidangan makan tengah hari yang lazat atau sebagainya. Perkara ini semestinya akan meletakkan diri anda kepada perasaan yang lebih menggembirakan.
- Jenaka yang kelakar juga turut membantu diri kita untuk jadi lebih ceria. Kadang kala kita harus bersikap serius ketika waktu-waktu tertentu tapi jika waktu bersesuaian, kita seharusnya membuat jenaka-jenaka ringan supaya hidup kita lebih ceria.
- Keseimbangan kesihatan juga boleh membuatkan hidup kita lebih bahagia dan gembira. Jika kita tidak mengambil makanan yang seimbang, kita akan dipengaruhi oleh pemikiran yang negatif. Selain daripada itu, senaman juga dapat membantu untuk melepaskan endorphin yang boleh memberikan kita perasaan yang lebih ceria.
- Akhir sekali, kita seharusnya faham yang kita berhak untuk menerima kebahagiaan. Kepada mereka yang tidak mempunyai kepercayaan ini, kemungkinan mereka akan lebih sukar mencapai keceriaan. Adalah lebih baik jika diri kita sendiri yang ‘memberitahu’ diri kita yang kita seharusnya lebih gembira setiap hari.
Contest
13 hours ago
0 comments:
Post a Comment